Saturday, September 17, 2011

3 Minggu telah Pergi..

Bangun pagi ..Mandi..ke office..develop database..Berteleku di depan laptop yang membawa masa aku berlalu kadang-kadang hingga ke malam. Begitulah setiap hari sejak aku kembali bertugas selepas cuti Aidilfitri pada 4hb Sep 2011 yang lalu..Mengerjakan database demi database dan bermain dgn beribu-ribu data. Yang meletihkan ialah untuk memastikan setiap ketul data itu adalah tepat dan sentiasa 'tally' dengan latest update. Setiap hari.. termasuklah pada hari Malaysia 16 Sept dan hujung minggu..

Alhamdulillah company ini memberi OT..walaupun 'flat rate' untuk aku, syukran2 dengan rezekiMu ya Allah...
cuma...tubuh sangat letih menghadap laptop dari awal pagi hingga ke lewat petang...

Terdengar juga cakap-cakap orang mengatakan kami yang bekerja di office ni tak ada kerja - duduk saja di depan komputer..melayan internet dan berchatting saja..

Ya ke kami tiada kerja?
nak cuba duduk di kerusi ini? marilah...penat menggunakan otak hanya tuhan saja yang tahu..kadang sampai terjuling biji mata dan di muka blog ini pula aku melampiaskan rasa...
Manusia memang selalu begitu...Selalunya apa yang kita sangkakan berdasarkan 'first sight' itu jauh berbeza dengan kebenarannya bukan?

Dinner at Jalan Tepian Tebrau


Inilah dia makan malam untuk malam tadi... nampak sedap tak?
Makan berdua dengan my housemate yg baik ati Cik Rafeah...Gerai cantik, konsep tradisional gitu, ada TV, tuan kedai pun ramah..masa tuan kedai datang nak ambil order, kami berdua terkulat-kulat muka tak tahu nak memesan apa...mungkin tuan kedai faham daripada riak muka kami yang sedang tight  budget ni, akhirnya inilah menu yang tuan kedai suggest untuk kami..

- Kupang masak sambal kunyit
- sotong goreng tepung
- Kailan goreng ikan masin
nasi putih utk 2 orang
nescafe O sorang secawan - ini kami order sendiri

Semua sekali RM28.90 sahaja..ok tak?
Itu pun tuan kedai nk pulangkan duit baki RM2.00 instead of 10sen...

Seronok juga restoran seafood bersepah di kejiranan umah sewa kami....anytime nak makan pergi aje...antara rajin atau malas aje nk bersiap2 keluar rumah. Untungnya kami yg pemalas ni kalau diorg ni buat servis delivery macam McD..ermmm...

Assalamualaikum Warahmatullah!

Assalamualaikum Wbt...

Ahlan wasahlan to my blog - ariania.

Blog ini masih dalam peringkat awal, aku buka sekadar untuk berkongsi kisah dan perjalanan hidupku yang tidak seberapa. Mana yang baik jadikan teladan, mana yang tidak jadikan sempadan. Sharing is caring... :)