Saturday, September 17, 2011

3 Minggu telah Pergi..

Bangun pagi ..Mandi..ke office..develop database..Berteleku di depan laptop yang membawa masa aku berlalu kadang-kadang hingga ke malam. Begitulah setiap hari sejak aku kembali bertugas selepas cuti Aidilfitri pada 4hb Sep 2011 yang lalu..Mengerjakan database demi database dan bermain dgn beribu-ribu data. Yang meletihkan ialah untuk memastikan setiap ketul data itu adalah tepat dan sentiasa 'tally' dengan latest update. Setiap hari.. termasuklah pada hari Malaysia 16 Sept dan hujung minggu..

Alhamdulillah company ini memberi OT..walaupun 'flat rate' untuk aku, syukran2 dengan rezekiMu ya Allah...
cuma...tubuh sangat letih menghadap laptop dari awal pagi hingga ke lewat petang...

Terdengar juga cakap-cakap orang mengatakan kami yang bekerja di office ni tak ada kerja - duduk saja di depan komputer..melayan internet dan berchatting saja..

Ya ke kami tiada kerja?
nak cuba duduk di kerusi ini? marilah...penat menggunakan otak hanya tuhan saja yang tahu..kadang sampai terjuling biji mata dan di muka blog ini pula aku melampiaskan rasa...
Manusia memang selalu begitu...Selalunya apa yang kita sangkakan berdasarkan 'first sight' itu jauh berbeza dengan kebenarannya bukan?

1 comment: